Meroyan

.

Entah lah mana nak mula... aku bersyukur alhamdulillah aku selalu dapat apa yang aku nak kan dari segi career..tapi dari segi teman hidup aku memang takde talent.. mungkin aku tak pernah betul2 fikir dan betul2 cari dan sungguh2 doa.. kadang2 memang sunyi... kadang2 rasa ok je bebas nak buat apa nak travel sana sini.. cuma lately ni aku rasa hampir2 kalah dengan pressure sekeliling dan mungkin juga fitrah seorang manusia yang perlukan teman.. Hence, this post.

Ini post meroyan. takde unsur2 nilai moral atau pun nasihat.. hanya meroyan dan royanan semata mata.. kalau rasa takde benda sangat nak buat, boleh lah terus membaca sambil tertidur :P

Jujur nya dalam kepala ni perkahwinan tu bukan priority, still bukan.. walau pun umur dah tua2 gini.. takut? tak ready? aku tak tahu, sungguh.. tapi aku yakin belum tiba masa.. aku percaya dengan perancangan Allah.. bila tiba masa, aku yakin, Allah akan gerakkan hati aku ini.. Dia pemilik mutlak hati bagi setiap manusia..

Letih la bila orang cakap aku memilih sangat, sombong, ego, hati keras.. awak, awak tahu tak, awak tak kenal pun saya ni macam mana..dan saya pun malas nak explain..

Dulu2 masa muda remaja macam2 ciri2 lelaki idaman kan.. percaya atau tidak, life has its own ways to teach me lessons... pernah nak orang handsome... dapat boyfriend handsome.. tapi handsome sangat sampai jeles tengok ramai sangat pempuan nak ngorat.. pernah nak orang kaya, ha dapat boyfriend anak orang kaya... tapi kedekut ya ampun... dan ingat dia boleh beli apa je guna duit... nope, maruah seorang perempuan tak boleh di beli dengan wang ringgit... pernah nak orang yang pandai main guitar (konon cool dan romantik), pernah nak orang yang pandai cakap jepun (konon nak migrate duk jepun), pernah suka orang baik2 macam ustaz2... haihhh tu semua banyak sangat terpengaruh dengan cerita cinta drama TV.. huhu.. sumpah aku jumpa hampir semua orang2 dengan ciri2 yang fancy2 gitu...  tapi, suka aku pada diorang ni nampak fake.. lebih kepada die-hard-fan, lebih kurang. macam suka level suka artis.hahah.. level suka hanya on the surface..

Sebenarnya penting ke cinta dan sayang dalam memilih teman hidup? Dulu bagi aku sangat2 penting, tapi sekarang aku tak tau dah... Sebab.. Aku mungkin dah lakukan satu kesilapan dalam hidup bila aku tolak seseorang yang serba serbi sempurna, baik budi pekerti, jaga solat nya, hormat orang tua, bertanggungjawab dan betul2 sayangkan aku..cuma... cuma aku tak ada perasaan cinta pada beliau. bertahun2 aku cuba untuk tanam perasaan tapi susah sangat..dan akhirnya beliau undur diri..

Jadi, penting ke sebenarnya perasaan cinta untuk pilih teman hidup?

Mungkin la tak penting...

Sekarang aku tak harap dengan ciri2 fancy macam dulu2.. aku hanya berdoa untuk Allah hadirkan seorang lelaki dalam hidup aku, lelaki yang Dia pilih bukan aku pilih, lelaki yang Dia redhai dan cintai... lelaki yang mencintai aku sebagai satu2 nya wanita dalam hidup nya selepas ibu beliau.. lelaki yang menjadi penyejuk mata dan penyejuk hati aku dan ibu bapa ku...


Sebab tak ada yang lebih bahagia bila lelaki itu adalah salah seorang daripada hamba yang Allah cintai, yang disayangi ibu bapa ku, dan yang mencintai aku sepenuh hati nya...

amin..

Aku percaya dengan perancangan Allah... Perancangan Allah itu maha sempurna...

sekian...

0 comments

:a: :b: :c: :d: :e: :f: :g: :h: :i: :j: :k: :l: :m: :n: YAHOO MESSENGER SMILEYS ARE ALSO APPLICABLE IN THIS COMMENT BOX :D

Post a Comment