Bersyukur

.


Bismillahirrahmannirrahim

Sejak aku kenal dengan anak anak Madrasah Sri Al Ain, itulah kali pertama aku betul betul dapat tengok depan mata kehidupan mereka yang kurang dari segi pendapatan… Mereka yang asnaf dan miskin harta benda… MasyaAllah…Terasa betapa tak bersyukurnya aku dengan kehidupan yang aku ada sekarang...

Setiap anak anak di madrasah tu ada kisah perit mereka sendiri… bila kita rapat dengan diorang, macam macam kisah terbongkar... yang aku tak sanggup nak dengar… Ya Allah… 

Ramadan hari tu, aku dan beberapa kawan lawat adik adik di madrasah dan berbuka puasa sama… ada seorang anak kecil ni… comel sangat umur dalam 5 atau 6 tahun… Pakcik Kamal bawa dia kat aku dan sama macam adik2 lain,  dia salam dan aku cium pipi dia... Secara zahir Nampak adik ni OK je… pakcik Kamal cakap kat aku, “ingat tak adik ni?” … aku memang tak ingat... atau pun tak tahu… Pakcik Kamal ckp “Ni la adik yang kena rogol dengan budak 22 tahun tu..ada keluar berita TV” … Ya Allah… Allah je tahu hati aku berkecai dengar kata2 Pakcik Kamal… Ya Allah...
Kejam… kenapa ada syaitan bertopengkan manusia dalam dunia ni..

Hakikatnya bukan adik ni seorang yang nasib macam ni… ramai adik2 di madrasah tu diperlakukan dengan kejam.. baik adik 2 lelaki ataupun perempuan.. 

ni cerita kat madrasah je, dalam malaysia? Dalam dunia?

Yang paling aku sedih, anak anak yang ditindas tapi tak ada sapa yang tahu… disimpan rahsia hitam sampai bertahun tahun lama... sebab? takut…

Ramai… memang ramai…
Semoga Allah lindungi anak anak ini…
Allah tak pernah sia siakan hamba2 Nya… Allah tak pernah zalimi hamba hamba Nya… Kasih sayang Allah terlalu luas… Allah sayang kita… Aku percaya sungguh sungguh, Allah tolong mereka… Allah takkan biarkan mereka jauh tersasar… Allah akan bawa mereka ke jalan Allah… Allah tak akan tinggalkan mereka…Allah tak pernah tinggalkan mereka…


0 comments

:a: :b: :c: :d: :e: :f: :g: :h: :i: :j: :k: :l: :m: :n: YAHOO MESSENGER SMILEYS ARE ALSO APPLICABLE IN THIS COMMENT BOX :D

Post a Comment